Saturday, October 23, 2010

2nd Day 1st Camp

Seawal jam 5.40 pg aku bangun….dah la tidur pun pukul 5.00 pagi…. Semua peserta berkumpul di khemah pusat untuk menunaikan solat subuh. Dengan perasaan malas dan mengantuk, aku gagahkan diri ini untuk solat berjemaah dengan kawan2…Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh berjemaah, semua peserta diminta berkumpul di kawasan parking lot bagi melakukan aktiviti Malaysia Cergas (senaman pagi).Macam2 aksi aku menari….hahahah.Tepat jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul dikhemah pusat untuk sarapan pagi bersama-sama.



CAMP CRAFT

Aktiviti pertama kunpulan aku ialah camp craft.Kami diberi tugas untuk memperkemaskan kawasan tapak perkhemahan.Dari khemah pusat hinggalah khemah penempatan.Setiap ahli kumpulan bekerjasama menjayakan aktiviti. Banyak jugak la kitaorang buat….antaranya tambah minyak generator,buat pacang untuk mengukukkan khemah,memperbaiki longkang,dan banyak lagi…..kalau nk cerita, memang xhabis la….


ORIENTEERING

Kitaorang diajar cara-cara membaca kompas & peta.Aktiviti ini dilakukan dilakukan dikawasan hutan.Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat satu navigation route.Selesai sahaja kedua-dua kumpulan siap,kitaorang bertukar tempat bagi mencuba route yang telah ditetap kan oleh kumpulan itu.Pelbagai cara yang harus dilakukan.Mencari bearing,mengira jarak (langkah) dan mencari petunjuk. Dah la aku yang pegang parang, memang letih la kena tebas pokok…..dah la kena marah sebab tersalah tebas pokok hidup…hahaha. Aktiviti ini selesai dalam masa 30minit.Semuanya berjalan lancar dan memang menyeronokkan….dan memenatkan…hahaha


mencari penanda arah menggunakan kompas



BLIND TRAIL

Aktiviti ini meminta para peserta menutup mata (menggunakan kain) ketika melakukan aktiviti ini.Kitaorang disuruk berjalan,melompat dan merangkak untuk melepasi setiap halangan.Pelbagai kerenah yang berlakukan diselangi dengan gelak tawa. Kitaorang kena meredah sungai,masuk lumpur dan macam-macam lagi. Barulah aku tahu bertapa pentingnya anugerah tuhan ni (pancaindera)…..Habis mandi lumpur kitaorang…hahahha

mandi lumpur.....




NIGHT WALK

Kitaorang berkumpul di satu tempat bagi diberi taklimat untuk aktiviti ini. Kitaorang diberi kata kunci (busut jantan) untuk memastikan dipihak yang sama.Setelah selesai pembacaan doa,peserta dilepas kan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti ini.Ada yang gerun,ade yang gentar, termasuklah aku..hahahha. Macam-macam kerenah para peserta. Kadang2 kelakar jugak..hahahah