Saturday, October 23, 2010

2nd Day 1st Camp

Seawal jam 5.40 pg aku bangun….dah la tidur pun pukul 5.00 pagi…. Semua peserta berkumpul di khemah pusat untuk menunaikan solat subuh. Dengan perasaan malas dan mengantuk, aku gagahkan diri ini untuk solat berjemaah dengan kawan2…Sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh berjemaah, semua peserta diminta berkumpul di kawasan parking lot bagi melakukan aktiviti Malaysia Cergas (senaman pagi).Macam2 aksi aku menari….hahahah.Tepat jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul dikhemah pusat untuk sarapan pagi bersama-sama.



CAMP CRAFT

Aktiviti pertama kunpulan aku ialah camp craft.Kami diberi tugas untuk memperkemaskan kawasan tapak perkhemahan.Dari khemah pusat hinggalah khemah penempatan.Setiap ahli kumpulan bekerjasama menjayakan aktiviti. Banyak jugak la kitaorang buat….antaranya tambah minyak generator,buat pacang untuk mengukukkan khemah,memperbaiki longkang,dan banyak lagi…..kalau nk cerita, memang xhabis la….


ORIENTEERING

Kitaorang diajar cara-cara membaca kompas & peta.Aktiviti ini dilakukan dilakukan dikawasan hutan.Setiap kumpulan diarahkan untuk membuat satu navigation route.Selesai sahaja kedua-dua kumpulan siap,kitaorang bertukar tempat bagi mencuba route yang telah ditetap kan oleh kumpulan itu.Pelbagai cara yang harus dilakukan.Mencari bearing,mengira jarak (langkah) dan mencari petunjuk. Dah la aku yang pegang parang, memang letih la kena tebas pokok…..dah la kena marah sebab tersalah tebas pokok hidup…hahaha. Aktiviti ini selesai dalam masa 30minit.Semuanya berjalan lancar dan memang menyeronokkan….dan memenatkan…hahaha


mencari penanda arah menggunakan kompas



BLIND TRAIL

Aktiviti ini meminta para peserta menutup mata (menggunakan kain) ketika melakukan aktiviti ini.Kitaorang disuruk berjalan,melompat dan merangkak untuk melepasi setiap halangan.Pelbagai kerenah yang berlakukan diselangi dengan gelak tawa. Kitaorang kena meredah sungai,masuk lumpur dan macam-macam lagi. Barulah aku tahu bertapa pentingnya anugerah tuhan ni (pancaindera)…..Habis mandi lumpur kitaorang…hahahha

mandi lumpur.....




NIGHT WALK

Kitaorang berkumpul di satu tempat bagi diberi taklimat untuk aktiviti ini. Kitaorang diberi kata kunci (busut jantan) untuk memastikan dipihak yang sama.Setelah selesai pembacaan doa,peserta dilepas kan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti ini.Ada yang gerun,ade yang gentar, termasuklah aku..hahahha. Macam-macam kerenah para peserta. Kadang2 kelakar jugak..hahahah

Sunday, August 29, 2010

1ST DAY 1ST CAMP


Seawal jam 8 pagi aku bertolak ke store Kolej Kenanga dari rumah sewa. Kitaorang disuruh berkumpul di sana bersama denga peserta dari UiTM Jengka dan Intec oleh sifu…..pada masa yang sama, kitaorang dikuarantinkan olek faci..aku pun hairan kenapa sampai kena kuarantin. Macamlah aku ni penghidap HIV pulak…ish3. Ape pun , kitaorang ikut je apa yang faci kata….nanti kena potong markah…hahahah

Sesampainya peserta dari Jengka dan Intec, kitaorang pun bertolak ke Bukit Cerakah yang memakan masa yang lama…….hahaha, 15 minit je. Tapi kerana jalan yang dilalui agak menggerunkan, kira lama jugak la….heheheh.

Sesampainya di Bukit Cerakah, kitaorang bekerjasama mengankat barang ke tempat perkhemahan…..sempat juga la nak berkenalan dengan peserta dari Intec dan Jengka….tapi ada jugak kawan aku yang lebih menitikberatkan perkenalan daripada angkat barang……

Paham2 je la, orang lelaki…hahah

Setelah di”briefing” oleh faci,kami berkerjasama mendirikan khemah seperti yang dipelajari sebelum ini (camp craft). Kami dibahagikan 8 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas masing2.ada yang mendirikan khemah masakan,khemah peralatan serta khemah penempatan. Kumpulan aku kene buat khemah generator…………kira ok la tu…hahah. Kitaorang berhenti pada pukul 7.30 malam. Itu pun hanya 60 peratus yang siap dengan sempurna. Antaranya seperti khemah utama, generator, penempatan, dapur dan sick bay……letih giler beb.

Lepas solat magrib dan isyak, kitaorang pun makan malam dengan berselera sekali….yang uniknya, kitaorang makan dalam dulang. Satu kumpulan 2 dulang. Tak sampai 5 minit, licin beb dulang tersebut…hahaha. Aku pun tak percaya….tapi yang pastinya,jikalau tak ada asirullah, member dalam kumpulan aku, tak dapat la nak pecah rekod tersebut…hahaha. Lepas tu, ingat boleh la slow2 masuk tidur, tapi ada lagi program….huhuh. dah la badan dah penat giler ni…..tapi apekan daya, terpaksa aku teruskan juga program tu….chewah…hahaha.

Malam 6.ogos 2010 kitaorg ada aktiviti Ice Breaking….bukannya aktiviti tumbuk ais la, tapi aktiviti pengenalan diri. Kitaorang dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan tersebut ada fasi masing2 untuk handle kitaorg punya kata2 semangat. Lepas tu, kitaorang kena persembahkan kata2 semangat tersebut. Satu2 group keluar membuat persembahan….. kelakar giler mlm tu,mcm2 style ada pada malam tu….kalah citer Mr. Bean…hahaha

Lepas je ice breaking, kitaorang ada buat class knotting dengan faci….. ilmu yang aku dapat malam tu 10 peratus je…kenapa????

Lagi 90 peratus keluar balik sebab ak tidur…hahaha. Masa knotting ni benda sama je aku belajar masa class knotting dgn En. Hisyam kat kelas. Pukul 4 lebih baru kitaorang dibenarkan tidur di khemah masing2……syukur giler aku…atlest, ada jugak masa nak berehat…



men"tag" barang





berkumpul sebelum bertolak




tapak perkhemahan






Saturday, August 28, 2010

CAMP CRAFT

Camp Craft???? Dengar pun dah manarik…..Walaupun begitu, ia bukan semudah yang disangka. Aktiviti ini memerlukan kerjasama antara ahli dari segi semua aspek terutema dari aspek tenaga kerja dan perancangan yang terapi dan tersusun. Camp craft kali ini kitaorang buat di Kolej Kenanga di bawah seorang lecture yang tidak lain tidak bukan En. Hisyam. Aktiviti ini dijalankan sebagai persiapan kitaorang untuk menyertai 1st camp yang akan datang………

Pagi tu kitaorang berkumpul di store Kolej Kenanga untuk set up barang2 keperluan untuk aktiviti ni. Then, kena punggah la barang2 tadi pergi ke tapat perkhemahan………tapak tersebut agak strategi la untuk pemasangan khemah. “Antara kreteria yang perlu ada di tapak perkhemahan ialah tanah yang rata, ada pokok besar yang berhampiran dan berhampiran dengan sumber air”. Kata En. Hisyam kat kitaorang.

Setelah dirancang dengan teliti, kitaorang pun mula memasang khemah. 1st thing yang kitaorang buat ialah memasang khemah pusat……ia berfungsi sebagai tempat bersolat dan berkumpul. Agak lama jugak la nak settlekan benda ni sebab ia perlu kukuh untuk menampung ahli perkhemahan seramai 98 orang…agak melecehkan jugak la…hahahah

Lepas settle khemah pusat, kitaorang pun pasang khemah 4 men dan 6 men….ia termasuk la dengan sick bay, petempatan dan generator. Semuanya berhampiran dengan khemah pusat. Last sekali, kitaorang pasang khemah dapur. Bentuknya sama dengan khemah pusat, tapi agak kecil sikit…….

Setelah 2 jam berhempas pulas, akhirnya siap gak khemah2 tersebut…..itu pun dengan bantuan En. Hisyam…..kalau tidak, conform tidak siap punya…hahaha. Sekali lagi terima kasih kepada En. Hisyam selaku penilai kami……..



Khemah Pusat



Khemah Petempatan




semangat kerjasama




terima arahan dari sifu




cheklist peralatan







KNOTTING



Allah!!!itulah perkataan yang terpacul dari mulut ni….jam menunjukkan pkul 8.20 pagi. Kelas outdoor bermula pukul 8.30 pagi…..tanpa berlengah lagi, aku segera mencapai tuala dan terus mandi. Saat saat camni mandi ala kadar jadi la…asalkan tidak berbau je dalam kelas…
hahahah.


20 minit lepas tu aku sampai di fakulti….berdebar debar nak masuk kelas takut kena marah…..dah la baru En. Hisyam tidak bagi aku masuk kelas…..lambat punya pasal la. Berbekalkan alasan yang tidak boleh diterima (over sleep), aku terus masuk kelas…..nak jadi ape jadi la. Alang alang dah sampai, baik masuk je…..cuba nasib…hahaha.


Fuhhh, nasib baik la En. Hisyam tak sampai lagi…..rase macam nak sujud syukur je kat situ…..hahahah. Baru je aku labuhkan punggung yang lenguh ni, En. Hisyam sampai lalu kunci pintu kelas. Mujur la aku cepat beberapa saat daripada dia……lepas tu, dia terus start mengajar ikatan…banyak juga la ikatan yang aku belajar pagi tu…..itupun sebab En. Hisyam sabar melayan kerenah aku dan classmate yang lain….lain nak buat, lain pula yang jadinya….hahaha. lepas 3-4 kali ulang tayang, baru la lekat dalam kepala……hahahah . Terima kasih la pada sifu…..


Wednesday, July 28, 2010

PADAN MUKA

Memang tak la!!!!
hahaha. 1st time aku kena camni. biasanya pkul 8 pg aku dah start dah motor nak g kelas,tapi entah kenapa hari ni ak bngun lambat pulak......sebelum ni pun bangun lambat jgk,tapi xla lambat cam hari ni do.....

Ape lagi,sepantas kilat ak capai tuala dan trus masuk bilik air.....kilat pun xsepantas ak,hahahah.....lepas dah pakai smart2,ak terus chow g kelas. Biasanya dalam 10 nimit da sampai kt fak,tp ak rasa cam xsampai 5 minit pn ak ride td....laju giler. Ada la 2-3 kali nak terbabas....nasib baik xjadi pape....

Sesampainya ak kat fak, lupa plak bilik kuliah mane. dah la En.Hisyam yang mengajar....dia tu tegas sikit. Ketua program nak dikatakan....satu per satu ak cari,akhirnya jumpa jugak kt bk16...baru je ak nak ketuk pintu, En.Hisyam nampak ak.cuak giler ak masa tu sambil senyum xikhlas....tapi,malang sungguh nasib ak sebab dia xbagi ak masuk kelas....ak pun ape lagi,chow je la dengan hati yang sedih dan kecewa....cewah. kalau ak tnggu pn,bukannya dia bagi masuk sebab sebelum ni dia dah bagitau kena sampai kt kelas sebelum dia sampai...

Sampai je kt umah,ak pn sambung tido la sebab xcukup tido malam td....tengok movie...hahaha. lepas tu,sedar2 je,budak2 ni da ada kt umah...diaorang marah la kt ak sebab balik td,padahal En.Hisyam suruh ak masuk...mak oiii,terkedu ak dengar.ak ingatkn dia marah kt ak,rupa rupanya dia main2 je.....menyesal xsudah la jawabnya...dah la dia ajar 1st aids....mesti best.huhu.harap2 minggu depan ak xmiss lg la kelas dia sebab ad praktikal kayak....hahaha