Pagi tu kitaorang berkumpul di store Kolej Kenanga untuk set up barang2 keperluan untuk aktiviti ni. Then, kena punggah la barang2 tadi pergi ke tapat perkhemahan………tapak tersebut agak strategi la untuk pemasangan khemah. “Antara kreteria yang perlu ada di tapak perkhemahan ialah tanah yang rata, ada pokok besar yang berhampiran dan berhampiran dengan sumber air”. Kata En. Hisyam kat kitaorang.
Setelah dirancang dengan teliti, kitaorang pun mula memasang khemah. 1st thing yang kitaorang buat ialah memasang khemah pusat……ia berfungsi sebagai tempat bersolat dan berkumpul. Agak lama jugak la nak settlekan benda ni sebab ia perlu kukuh untuk menampung ahli perkhemahan seramai 98 orang…agak melecehkan jugak la…hahahah
Lepas settle khemah pusat, kitaorang pun pasang khemah 4 men dan 6 men….ia termasuk la dengan sick bay, petempatan dan generator. Semuanya berhampiran dengan khemah pusat. Last sekali, kitaorang pasang khemah dapur. Bentuknya sama dengan khemah pusat, tapi agak kecil sikit…….
Setelah 2 jam berhempas pulas, akhirnya siap gak khemah2 tersebut…..itu pun dengan bantuan En. Hisyam…..kalau tidak, conform tidak siap punya…hahaha. Sekali lagi terima kasih kepada En. Hisyam selaku penilai kami……..
No comments:
Post a Comment