Sunday, August 29, 2010

1ST DAY 1ST CAMP


Seawal jam 8 pagi aku bertolak ke store Kolej Kenanga dari rumah sewa. Kitaorang disuruh berkumpul di sana bersama denga peserta dari UiTM Jengka dan Intec oleh sifu…..pada masa yang sama, kitaorang dikuarantinkan olek faci..aku pun hairan kenapa sampai kena kuarantin. Macamlah aku ni penghidap HIV pulak…ish3. Ape pun , kitaorang ikut je apa yang faci kata….nanti kena potong markah…hahahah

Sesampainya peserta dari Jengka dan Intec, kitaorang pun bertolak ke Bukit Cerakah yang memakan masa yang lama…….hahaha, 15 minit je. Tapi kerana jalan yang dilalui agak menggerunkan, kira lama jugak la….heheheh.

Sesampainya di Bukit Cerakah, kitaorang bekerjasama mengankat barang ke tempat perkhemahan…..sempat juga la nak berkenalan dengan peserta dari Intec dan Jengka….tapi ada jugak kawan aku yang lebih menitikberatkan perkenalan daripada angkat barang……

Paham2 je la, orang lelaki…hahah

Setelah di”briefing” oleh faci,kami berkerjasama mendirikan khemah seperti yang dipelajari sebelum ini (camp craft). Kami dibahagikan 8 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan tugas masing2.ada yang mendirikan khemah masakan,khemah peralatan serta khemah penempatan. Kumpulan aku kene buat khemah generator…………kira ok la tu…hahah. Kitaorang berhenti pada pukul 7.30 malam. Itu pun hanya 60 peratus yang siap dengan sempurna. Antaranya seperti khemah utama, generator, penempatan, dapur dan sick bay……letih giler beb.

Lepas solat magrib dan isyak, kitaorang pun makan malam dengan berselera sekali….yang uniknya, kitaorang makan dalam dulang. Satu kumpulan 2 dulang. Tak sampai 5 minit, licin beb dulang tersebut…hahaha. Aku pun tak percaya….tapi yang pastinya,jikalau tak ada asirullah, member dalam kumpulan aku, tak dapat la nak pecah rekod tersebut…hahaha. Lepas tu, ingat boleh la slow2 masuk tidur, tapi ada lagi program….huhuh. dah la badan dah penat giler ni…..tapi apekan daya, terpaksa aku teruskan juga program tu….chewah…hahaha.

Malam 6.ogos 2010 kitaorg ada aktiviti Ice Breaking….bukannya aktiviti tumbuk ais la, tapi aktiviti pengenalan diri. Kitaorang dibahagikan kumpulan dan setiap kumpulan tersebut ada fasi masing2 untuk handle kitaorg punya kata2 semangat. Lepas tu, kitaorang kena persembahkan kata2 semangat tersebut. Satu2 group keluar membuat persembahan….. kelakar giler mlm tu,mcm2 style ada pada malam tu….kalah citer Mr. Bean…hahaha

Lepas je ice breaking, kitaorang ada buat class knotting dengan faci….. ilmu yang aku dapat malam tu 10 peratus je…kenapa????

Lagi 90 peratus keluar balik sebab ak tidur…hahaha. Masa knotting ni benda sama je aku belajar masa class knotting dgn En. Hisyam kat kelas. Pukul 4 lebih baru kitaorang dibenarkan tidur di khemah masing2……syukur giler aku…atlest, ada jugak masa nak berehat…



men"tag" barang





berkumpul sebelum bertolak




tapak perkhemahan






No comments: